Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Wanita Hamil Terpaksa Jalan Kaki Seberang Tambak Johor Dari Singapura

Seorang wanita hamil terpaksa berjalan kaki selama lebih 40 minit menyeberangi Tambak Johor dari Singapura, dengan ditemani anaknya berusia 2 tahun selepas pas lawatan anaknya tidak dilanjutkan.

Memetik hantaran oleh World of Buzz, perjalanan wanita hamil ini mengambil masa 6 jam dari Singapura ke Kastam Johor, Imigresen dan Kompleks Kuarantin, termasuk 40 minit jalan kaki seberang Tambak Johor.

Advertisement

wanita hamil terpaksa jalan kaki seberang tambak johor dari singapura

Menurut wanita berkenaan, beliau telah membuat permohonan permit kemasukan dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura pada 23 April.

Beliau yang juga merupakan guru pendidikan awal kanak-kanak menjelaskan bas Malaysia yang diatur untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Singapura akan tiba pada 2 Mei. Disebabkan itu, beliau terpaksa pulang ke Johor dan berasa sedih melihat anaknya perlu berjalan kaki kerana pas lawatan anaknya itu telah tamat tempoh.

Sebaik tiba di Johor, beliau dibawa untuk menjalani pemeriksaan kesihatan oleh petugas perubatan dan dibawa ke sebuah hotel di Johor untuk jalani proses kuarantin.

wanita hamil terpaksa jalan kaki seberang tambak johor dari singapura

Sumber: Sinar Harian / World of Buzz

ERA Muzik Hit Terkini