Kisah menyayat hati seorang wanita hamil tujuh bulan apabila disahkan maut ditembak di bahagian perut dalam kejadian di Kampung Teresek, Repek pada Sabtu.
Mangsa, Farrah Emirah Mazlan, 26, ditemukan dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu dan mempunyai kesan tembakan di bahagian perut sebelah kiri.
Advertisement

Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, pihaknya mengesahkan ada menerima panggilan berkenaan penemuan mayat seorang wanita dalam sebuah kereta di tepi jalan.
"Hasil temubual dengan saksi awam mendapati kereta yang dinaiki mangsa sudah berada di tepi jalan sejak petang Jumaat," katanya.

Hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas kereta, pihaknya menjumpai satu kelongsong peluru di bahagian kaki tempat duduk penumpang di belakang sebelah pemandu.
Namun, semakan awal mendapati kereta tersebut didaftarkan di atas nama mangsa dan hasil temubual bersama ibu mangsa memaklumkan wanita berkenaan hamil tujuh bulan.
"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk proses bedah siasat.
"Susulan itu, seorang buruh berusia 40 tahun ditahan pada Sabtu jam 11.25 malam bagi membantu siasatan," ujarnya.
Sumber: Sinar Harian