Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Wanita Hampir Ditimpa Meteorit Jatuh Dari Bumbung Rumah Ketika Nyenyak Tidur

Seorang wanita hampir dihempap dengan meteorit yang jatuh ke atas bumbung rumahnya di Kanada.

Ketika kejadian, Ruth Hamilton terjaga daripada tidur apabila terdengar bunyi begitu kuat pada bumbung rumahnya pada 4 Oktober lalu.

Advertisement

wanita hampir ditimpa meteorit jatuh dari bumbung rumah ketika nyenyak tidur

Berasal dari Golden, British Columbia, dia terkejut setelah mendapati terdapat debu pada mukanya.

Dia terus ternampak seketul batu di atas katilnya setelah bangun dari katil dan membuka lampu bilik tidurnya.

Hamilton pantas membuat laporan dengan menghubungi talian kecemasan 911 untuk maklumat dan tindakan lanjut.

wanita hampir ditimpa meteorit jatuh dari bumbung rumah ketika nyenyak tidur

Seorang anggota polis yang tiba di tempat kejadian terus memeriksa batu itu dan tidak  dapat mengenal pasti dari mana datangnya batu tersebut.

Pihaknya melaporkan batu itu berkemungkinan berasal dari meteorit kerana sekumpulan orang melihat satu lintasan meteor di sebuah tasik sejauh 83 kilometer dari rumahnya.

“Meteor adalah batu dari asteroid yang mengorbit matahari di angkasa lepas”, kata Pusat Kajian Meteorit Universiti Negeri Arizona.

Sumber: [1]

ERA Muzik Hit Terkini