Ekoran daripada pandemik COVID-19, ramai antara kita cuba keluar daripada kebosanan dengan mencuba pelbagai aktivit baru. Antaranya, memasak.
Namun berbeza pula dengan wanita ini apabila dia menghabiskan masa di rumah dengan menghasilkan tona kulit berbelang-belang.
Advertisement

Sharna Lakeland telah menghasilkan kulit berbelang-belang selepas berjemur dibawah sinaran matahari. Sebelum itu, beliau membalut beberapa bahagian tubuh badannya dengan pelekat bagi mengelakkan bahagian itu terkena cahaya matahari.

Menurut Sharna, beliau sudah tidak tahu aktiviti apa yang mahu dilakukan selepas meluangkan masa bersama keluarga, sehinggalah tercetus idea ini.
"Saya sudah meluangkan banyak masa berkualiti bersama keluarga, tetapi saya tetap merasa bosan.
"Saya sangat gembira hasil berjemur adalah seperti ini. Tak sangka ia jadi begini", katanya kepada Mirror UK.

Sharna telah berkongsi foto berkenaan di Facebook dengan kapsyen, "Duduk di rumah sepanjang hari sangat tidak sihat untuk saya".
Sumber: Mirror UK