
Sumber: Sinarharian
Advertisement
Agak mustahil untuk kita hilang rambut dari kepala tanpa kita sedari melainkan rambut sehelai dua yang gugurlah. Tapi seramai hampir 50 orang wanita di India ni merana dan trauma kerana rambut mereka hilang secara tiba-tiba.
Itulah misteri yang dihadapi salah seorang mangsa, Sunita Devi.
"Ada cahaya kilat dan menyebabkan saya tidak sedarkan diri. Satu jam kemudian, saya mendapati rambut saya dipotong," kata Sunita Devi, suri rumah berusia 35 tahun dari Bhimgard Kheri, daerah Gurgaon, Haryana.
"Saya bersendirian di tingkat bawah rumah dan menantu serta cucunya berada di tingkat atas semasa serangan pada jam 9.30 malam itu," yang penyerangnya merupakan lelaki berpakaian warna cerah.
Selain Sunita, seorang lagi wanita Asha juga mengalami perkara yang sama.
"Saya pergi ke luar untuk mencarinya selepas dia tak kembali selama lebih dari 30 minit. Kami dapati dia tak sedarkan diri di bilik mandi, rambutnya dipotong dan dilemparkan ke lantai," jelas bapa mertua Asha, Pal.

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
