Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Wanita Kemalangan, Cedera Parah Kena Timpa Buah Kelapa

Seorang wanita cedera parah akibat ditimpa buah kelapa ketika dia sedang membonceng motosikal bersama anaknya di Jalan Teluk Kumbar, Balik Pulau, pagi semalam.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, mangsa mengalami kecederaan patah bahu kanan, patah kanan kiri serta patah dua tulang rusuk.

Advertisement

wanita kemalangan, cedera parah kena timpa buah kelapa

Manakala, adiknya yang menunggang motosikal tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kejadian difahamkan berlaku ketika mangsa sedang dalam perjalanan dari Teluk Kumbar menghala ke George Town pada pagi Ahad.

Namun, sebiji buah kelapa tiba-tiba gugur lalu menimpa mangsa menyebabkan wanita itu terjatuh di atas jalanraya.

Video berdurasi 28 saat jelas memaparkan mangsa terjatuh dari motosikal selepas kelapa itu dan anak mangsa sempat mengawal motosikalnya sebelum berhenti di tepi jalan bagi membantu ibunya yang terbaring di atas jalanraya.

Sumber: Awani
 

ERA Muzik Hit Terkini