Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Wanita Ini Lahirkan Bayi Lepas 24 Jam Tahu Diri Hamil

Monica Thompson, 46, berasal dari Nevada, Amerika Syarikat telah menunggu selama 16 tahun bagi mendapatkan zuriat.

wanita ini lahirkan bayi lepas 24 jam tahu diri hamil

Monica juga menerima takdir bahawa dirinya masih belum hamil walaupun rakan-rakan sekelilingnya telah dikurniakan anak.

Advertisement

Namun suatu hari Monica dilaporkan mengalami loya dan sakit perut, menyebabkan beliau segera bertemu doktor bagi pemeriksaan. Pada mulanya beliau menjangkakan beliau mengalami menopause.

Doktor yang menjalankan ujian darah mendapati Monica telah hamil 7 bulan setengah dan ia mengejutkan ramai pihak termasuk Monica sendiri.

Lantaran itu, beliau dterus dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Las Vegas dan selamat melahirkan bayi pertamanya pada keesokkan hari.

Sumber: People

ERA Muzik Hit Terkini