Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Wanita Lebih Happy Hidup Single Berbanding Lelaki – Kajian.

Masa kini, wanita dilihat semakin kuat, berpengaruh malah mempunyai kuasa yang besar dalam masyarakat. Berbeza dengan keadaan pada beberapa dekad yang lalu, wanita kini banyak memegang jawatan besar dalam syarikat, malah dalam pentadbiran negara.

Mungkin disebabkan faktor pengaruh kerjaya dan pendidikan yang tinggi, menyebabkan kebanyakkan wanita kini tidak mempunyai pasangan hidup.

Advertisement

Kajian terbaru yang dijalankan oleh Mintel’s Single Lifestyle UK 2017, wanita yang tidak mempunyai pasangan dilaporkan lebih bahagia (61%) berbanding lelaki (49%).

wanita lebih happy hidup single berbanding lelaki – kajian.

Tambah kajian itu lagi, 70% wanita tidak mencari teman pengganti semenjak tahun lalu kerana lebih selesa hidup sendirian berbanding hidup dengan pasangan.

Walau bagaimanapun, wanita bujang dan tidak mempunyai teman dikatakan mempunyai lebih banyak masalah seperti masalah kewangan (52%), perasaan sunyi (38%) dan tekanan hidup (33%).

wanita lebih happy hidup single berbanding lelaki – kajian.

Yeke ni?

Sumber: Mintel’s Single Lifestyle

ERA Muzik Hit Terkini