Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Wanita Malaysia Pertama Masuk Akademi Tentera Laut AS, Ingin Jadi Seperti Mejar Patricia Yapp

wanita malaysia pertama masuk akademi tentera laut as, ingin jadi seperti mejar patricia yapp

Selepas Amirul Afeq, yang menjadi rakyat Malaysia ketiga berjaya graduate dari United States Air Force Academy, kini ada lagi seorang rakyat Malaysia yang membuatkan kita berbangga. 

Advertisement

Janushaa Bala Khrishnan Muthiah menjadi wanita Malaysia pertama yang terpilih untuk menyertai akademi tentera yang sangat berprestij, United States Naval Academy (USNA).

"Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Sekolah Kebangsaan Clifford akan memberi penghargaan kepada Janushaa, alumni SK Clifford, yang telah diterima untuk menyambung pelajaran di USNA di Annapolis, Maryland.

"Janushaa telah dipilih selepas proses pemilihan yang ketat untuk mewakili Malaysia di USNA.

"Untuk empat tahun seterusnya beliau akan belajar untuk menjadi pegawai tentera profesional bersama-sama kadet dari seluruh dunia," kata Kedutaan AS dalam kenyataan yang dikeluarkan 15 Mei lalu. 

Janushaa diberi surat penerimaan rasmi akademi itu pada majlis penghargaan yang dilakukan di kampung halamannya di Kuala Lipis, Pahang yang turut dihadiri oleh duta AS dan wakil dari Kementerian Pertahanan. 

Janushaa bercita-cita mahu menjadi seperti idolanya iaitu Mejar Patricia Yapp, yang juga merupakan wanita Asia pertama yang menjadi juruterbang jet pejuang MiG-29. 

wanita malaysia pertama masuk akademi tentera laut as, ingin jadi seperti mejar patricia yapp

wanita malaysia pertama masuk akademi tentera laut as, ingin jadi seperti mejar patricia yapp

Sumber: Malaysiakini

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini