Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Wanita Dilaporkan Mati Akibat Koronavirus Ditemui Masih Hidup Di Hospital

Seorang wanita dari Equador yang diisyitharkan mati akibat jangkitan koronavirus, kini disahkan sebenarnya masih hidup.

wanita dilaporkan mati akibat koronavirus ditemui masih hidup di hospital

Ia terjadi selepas Alha Maruri, 74, yang dimasukkan ke hospital di Guayaquil, Equador bulan lalu akibat demam panas dan mengalami masalah pernafasan.

Advertisement

Doktor ketika itu memberitahu ahli keluarga Maruri bahawa dia telahpun meninggal dunia pada 27 Mac lalu. Keluarga mangsa dibawa ke hospital untuk proses pengecaman, namun tidak dibenarkan berada dekat dengan mayat kerana takut dijangkiti wabak COVID-19.

Menurut anak saudara mangsa, Jaime Morla, pada mulanya beliau turut menyangka itu adalah mayat ibu saudaranya.

"Saya takut untuk melihat wajahnya. Kami berada lebih satu meter daripada mayat. Apa yang pasti, rambut dan warna kulit adalah sama," katanya kepada AFP.

Selepas dibawa pulang dan dibakar untuk disimpan menjadi abu mayat, ahli keluarga Maruri dikejutkan dengan panggilan oleh hospital menyatakan Maruri yang sebenar baru sahaja sedar dari koma.

Persoalan timbul kepada ahli keluarga Maruri, abu mayat siapakah yang dibawa pulang sebelum ini?

Kecelaruan ini timbul selepas berlakunya kesesakkan pada wad hospital di Amerika Selatan akibat pandemik COVID-19.

Sumber: BBC

ERA Muzik Hit Terkini