Sejak semalam tular video menunjukkan seorang wanita menjerit dan meludah pekerja yang sedang menjalankan tugas menarik kereta.
Makcik bawang super saiyan 5 pic.twitter.com/y1hrzwBNze
— Turmalin ⚽️ (@TurmalinFT) February 6, 2020
Video yang pada mulanya dikongsi oleh @TurmalinFT menerusi laman Twitter telah dikongsi semula oleh pelawak dan pengacara, Harith Iskandar.
Advertisement
Menurut Harith, tindakan wanita itu mungkin berpunca daripada masalah yang dilalui dalam kehidupannya.
"Whatever this woman is going through in her life - it must be taking a terrible toll on her. Reacting like this is not healthy and I believe it is usually the cause of pent up frustration, anger, hurt and whatever else that is hurting her in the life.
"I hope she finds some peace. Mental Health is a real issue and it can affect anyone of any age.
Take care people.", tulis Harith menerusi kapsyen di Instagram.
Muatnaik semula ini juga mendapat perhatian warganet dan rata-rata daripada mereka meluahkan rasa simpati akan keadaan wanita ini.


Sumber: Instagram / Twitter