
Sumber: Instagram @HumansOfPakistan
Advertisement
Terlalu besar pengorbanan seorang wanita, daripada sebelum dapat anak, mengandung hingga melahirkan anak. Sebab itu dalam Islam ajar untuk kita tinggikan darjat seorang wanita.
Seorang doktor berkongsi pengalamannya yang dah bertahun jadi doktor untuk membantu pesakit wanitanya melahirkan anak, tapi cerita seorang wanita ni buatkan doktor ni sedih dan kecewa.
14 tahun wanita ni menunggu untuk mengandung. Macam-macam cara dilakukan termasuk IVF. Akhirnya dia boleh mengandung walaupun menghidap cyst ovari dan fibroid yang besar dan banyak. Selepas 9 bulan..

Wanita ni kehilangan nyawanya untuk lahirkan nyawa yang lain iaitu anaknya yang ditunggu selama 14 tahun..

Doktor ni nasihatkan semua orang agar sentiasa hormati wanita dan mendoakan mereka kerana terlalu besar dan banyak pengorbanan yang mereka lakukan termasuklah nyawa sendiri.
