Seorang wanita telah meninggal dunia beberapa jam selepas 10 batang giginya dicabut oleh doktor di England.

Wanita yang tidak didedahkan identiti itu dilaporkan mengalami pendarahan selepas gusinya bermasalah, sebelum doktor mencabut giginya menerusi dua rawatan berasingan.
Advertisement
Beberapa jam selepas sesi kedua, wanita berkenaan rebah dirumah sebelum meninggal dunia ketika dibawa ke hospital.
Doktor berkenaan kini telah digantung tugas selama 12 bulan selepas dilaporkan tidak mengikuti prosedur tepat yang menyebabkan kematian.
Sumber: Daily Star