Adrienne Koleszar, 34, seorang anggota polis di Jerman yang mempunyai lebih setengah juta pengikut dilaman Instagramnya.
Namun, Adrienne telah diminta untuk memberi kata putus sama ada mahu meneruskan karier sebagai penjawat awam, ataupun mengejar populariti sebagai instafamous.
Advertisement
Menurut Daily Mail, beliau mendapat gelaran polis tercantik Jerman kerana bentuk tubuhnya dan juga beliau pandai bergaya.
Awal tahun ini, Koleszar telah memohon cuti enam bulan tanpa gaji untuk menghabiskan masanya bercuti mengelilingi dunia dan mengejar impiannya untuk menjadi Instafamous.
Namun begitu, beliau telah dipanggil untuk bertemu pegawai atasanya minggu lalu dan diberi pilihan untuk kembali berkerja pada 1 Januari ini atau berhenti.
Sumber: Daily Mail
