Menjadi impian ramai orang untuk mengembara ke seluruh dunia, malah perjalanan anda itu juga ditanggung dan dibayar. Begitu jugalah dengan wanita berusia 27 tahun ini, Cassie De Pecol.

Advertisement
Berbekalkan $111,000 atau bersamaan RM455 ribu dan 18 bulan masa untuk melengkapkan perjalanan, Cassie akan mencipta rekod dunia sebagai wanita pertama yang berjaya mengembara ke seluruh negara di dunia.
Sejak Julai 2015, Cassie telah mengembara ke 181 negara di seluruh dunia dan hanya tinggal 15 negara sahaja untuk melengkapkan pengembaraannya dalam masa 40 hari.

Pengembaraan beliau ini juga mendapat tajaan daripada ramai pihak dan ia dikenali sebagai Expedition196. Cassie juga dilantik sebagai Ambassador for Peace bagi International Institute for Peace Through Tourism. Wow!
Perjalanan Cassie juga direkodkan dalam laman Instagramnya, @cassiedepecol.
Sumber: TSK
