Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Meskipun Risau Jangkitan COVID-19, Wanita Ini Selamat Lahirkan Anak Ke-22

Seorang ibu berusia 45 tahun yang dianggap sebagai 'Supermum' telah selamat melahirkan cahaya matanya yang ke-22, meskipun negaranya kini sedang dijangkiti wabak COVID-19.

meskipun risau jangkitan covid-19, wanita ini selamat lahirkan anak ke-22

Sue Radford yang tinggal di United Kingdom meluahkan rasa syukur kerana selamat melahirkan anaknya yang ke-22, sambil menganggap ini adalah satu kelahiran yang unik dan pelik.

Advertisement

meskipun risau jangkitan covid-19, wanita ini selamat lahirkan anak ke-22

“Saya berasa takut untuk pergi ke hospital dengan keadaan yang sangat membimbangkan. Saya risau jika Noel tidak dibenarkan untuk tinggal bersama saya.

“Kami sedang berkurung di rumah dan tidak patut meninggalkannya hanya untuk pergi ke hospital tetapi apabila saya sampai, saya rasa selamat berada di situ.

meskipun risau jangkitan covid-19, wanita ini selamat lahirkan anak ke-22

“Ia merupakan kelahiran pelik tetapi bagi saya, ia adalah pengalaman terbaik yang pernah saya alami. Kami tidak boleh mendaftar nama bayi kami kerana kes jangkitan Covid-19,” katanya seperti yang dipetik dari portal The Sun.

meskipun risau jangkitan covid-19, wanita ini selamat lahirkan anak ke-22

Sue Radford juga berjanji bahawa ini adalah kelahirannya yang terakhir, meskipun beliau pernah berjanji sedemikian sebelum ini.

Sumber: The Sun

ERA Muzik Hit Terkini