Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Desakan Hidup Akibat COVID-19, Wanita Kahwin Tiga Lelaki Dalam Tiga Bulan

Seorang wanita yang berstatus isteri di Aurangabad, Maharashtra dekat India, sanggup mengahwini tiga orang lelaki lain berturut-turut dalam tempoh tiga bulan, sebelum memperdayakan mangsa.

desakan hidup akibat covid-19, wanita kahwin tiga lelaki dalam tiga bulan

Penipuan itu terbongkar selepas salah seorang mangsa yang juga bekas suaminya membuat laporan polis atas alasan berasa tertipu selepas wanita itu melarikan diri dua minggu lepas menjadi isterinya.

Advertisement

"Siasatan awal dijalankan mendapati Amrute sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki.

"Namun, Amrute mengalami masalah kewangan selepas dia dan suaminya hilang pekerjaan kerana pelaksanaan perintah kawalan pergerakan susulan pandemik Covid-19.

"Disebabkan terdesak, wanita itu bertindak mengahwini tiga lelaki lain untuk menyelesaikan masalah kewangannya," kata mangsa.

Wanita yang berusia 27 tahun itu melarikan diri bersama-sama barangan berharga milik suami, tidak lama selepas berkahwin.

Hasil siasatan mendapati, wanita yang telah kehilangan pekerjaan itu sudah menipu tiga orang lelaki yang juga suami-suaminya, dalam masa tiga bulan ini.

Sumber: Times of News

ERA Muzik Hit Terkini