Skip to main content

Advertisement

Hiburan

‘‘Saya Ketawa, Ia Sofa Untuk Seorang Bayi..,’’ Wanita Tertipu Lepas Beli Online

Seorang wanita tidak menyangka sofa yang ditempah untuk ruang tamunya hanyalah muat untuk kanak-kanak.

‘‘saya ketawa, ia sofa untuk seorang bayi..,’’ wanita tertipu lepas beli online

Advertisement

Pengalaman lucu yang menimpa wanita seorang pembeli dalam talian dari Amerika Syarikat itu selepas membuat tempahan menerusi sebuah platform beli-belah dalam talian dengan harga AS$249.99 (kira-kira RM1,014).

Pinky Jones, 36, membayangkan sofa itu boleh memuatkan pasangan serta lima anaknya, namun ia hanyalah cukup untuk seorang kanak-kanak.

"Saya ketawa, ia sofa untuk seorang bayi. Saya tak pernah sangka akan beli sofa ini untuk seorang anak kecil.

"Saya ingat, ukuran sofanya cukup besar untuk ruang tamu saya," katanya seperti dilaporkan portal Daily Star.

Beliau merujuk kembali kepada platform itu dengan menyatakan maklumat yang ditulis katanya sesuai untuk kegunaan ruang tamu, bukannya untuk kanak-kanak.

"Saya tidak sabar dan sanggup menunggu selama 10 hari untuk penghantaran kerana kami tiada sebarang perabot.”

Sumber: Daily Star

ERA Muzik Hit Terkini