Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Warga Asing Tular Gara-Gara Tidak Pakai Pelitup Muka, Maki Pengawal Keselamatan Dikenakan Denda RM800

Seorang lelaki warga asing yang mendapat perhatian akibat tidak memakai pelitup muka di sebuah pasar raya dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengawal keselamatan selepas ditegur didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret.

warga asing tular gara-gara tidak pakai pelitup muka, maki pengawal keselamatan dikenakan denda rm800

Advertisement

Hukuman denda itu dijatuhkan oleh Majistret S. Mageswary terhadap Theberge Travis Lee selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Theberge boleh dipenjara selama 15 hari dan tertuduh membayar denda berkenaan jika gagal membayar denda tersebut.

Kes dijalankan mengikut undang-undang dibawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan denda maksimum RM100.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM100 bagi pertuduhan pertama dan gagal membayar sehari penjara manakala pertuduhan kedua denda RM700 gagal bayar penjara 14 hari.

Sumber: Kosmo
 

ERA Muzik Hit Terkini