Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Warga Emas Maut Akibat Dipukul Sebatang Kayu, Tak Puas Hati Sebab Tanam Pokok

Seorang warga emas maut dipukul jirannya dengan sebatang kayu akibat perselisihan faham mengenai tanaman pokok berdekatan rumah mereka di Jalan Kelochor.

Berusia 60 tahun, mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri di bahagian dapur rumah oleh isterinya.

Advertisement

warga emas maut akibat dipukul sebatang kayu, tak puas hati sebab tanam pokok

Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, pihak polis mengesahkan telah menerima laporan dan hasil siasatan mendapati berlaku salah faham antara mangsa dan jirannya.

Punca kejadian berlaku akibat menanam pokok di kawasan jalan sehingga menyebabkan kenderaan suspek sukar dilalui dan dimarahi mangsa.

“Suspek yang tidak berpuas hati mengambil sebatang kayu sebelum memukul mangsa yang tinggal bersama isteri dan seorang anaknya.

“Mangsa mengalami luka dan bengkak pada bahagian belakang kepala selain kesan calar pada tangan dan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk dibedah siasat,” katanya.

Hasil siasatan mendapati warga emas itu meninggal dunia akibat serangan jantung dan kecederaan yang dialaminya.

Tambahnya, suspek didakwa memukul warga emas itu dan akhirnya mengaku telah ditahan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah.

Sumber: Kosmo Online
 

ERA Muzik Hit Terkini