Seorang warga emas terpedaya dengan 'love scam' dan rugi hampir RM4.3 juta akibat terpedaya dengan sindiket.
Dia terpedaya apabila berkenalan dengan seorang lelaki kononnya warganegara Amerika Syarikat menerusi laman media sosial tahun lalu.
Advertisement

Menurut Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata wanita berusia 66 tahun itu dikatakan telah membantu suspek yang mendakwa bekerja sebagai ahli kaji bumi di sebuah syarikat cari gali minyak, dan menetap di Amerika Syarikat antara 2 Dis 2021 hingga 31 Mei lepas.
"Pelbagai alasan telah diberikan suspek untuk memperdaya mangsa antaranya membantu lelaki itu menjelaskan hutang, pembayaran kontrak kerja, upah pekerjaan, kos perubatan selain kos pembayaran peguam urusan harta warisan bapa suspek, yang dikatakan mati akibat tekanan masalah hutang.
"Sepanjang tempoh berkenaan, mangsa telah membuat 190 transaksi ke dalam pelbagai akaun bank diberikan oleh suspek dengan kerugian berjumlah RM4,342,500," katanya.

Namun, mangsa menyedari perkara tersebut dan tampil membuat laporan polis semalam, bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.
Sumber: Bernama