Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Warga UK Kena Sekolah Lepas Persoalkan Kualiti Gloves Buatan Malaysia

Baru-baru ini, Setiausaha Hal Ehwal Luar United Kingdom, Dominic Raab telah berkongsi tweet mengucapkan terima kasih atas pemberian sarung tangan getah daripada kerajaan Malaysia kepada petugas barisan hadapan di negara berkenaan.

warga uk kena sekolah lepas persoalkan kualiti gloves buatan malaysia

"200 tan sarung tangan untuk NHS tiba di United Kingdom dari Kuala Lumpur, untuk pekerja kesihatan barisan hadapan kami,", tulis Dominic di laman Twitter.

Advertisement

warga uk kena sekolah lepas persoalkan kualiti gloves buatan malaysia

Bagaimanapun, tweet berkenaan telah mendapat komen daripada warga UK yang juga mempersoalkan tindakan membeli sarung tangan buatan Malaysia sambil meminta untuk ditunjukkan di mana lokasi negara Malaysia.

“Adakah ia akan memenuhi standard kualiti UK? Bolehkah anda menunjukkan di mana Malaysia di dalam peta?”

warga uk kena sekolah lepas persoalkan kualiti gloves buatan malaysia

Kritikan oleh pengguna Twitter itu telah mengundang kemarahan rakyat Malaysia sambil memberikan nasihat percuma kepada individu berkenaan dengan menjelaskan keadaan semasa antara Malaysia dengan United Kingdom.

warga uk kena sekolah lepas persoalkan kualiti gloves buatan malaysia

Setakat 11 Mei 2020, UK telah mencatatkan lebih 223 ribu kes positif COVID-19 dengan 32,065 kematian dan hanya 135 yang pulih.

warga uk kena sekolah lepas persoalkan kualiti gloves buatan malaysia

Sumber: Twitter

ERA Muzik Hit Terkini