Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Waspada Aplikasi Palsu Berkaitan Bank Negara, Wang Lesap Selepas Isi Maklumat

Seorang peniaga mendakwa kehilangan wang simpanannya berjumlah RM33,000 selepas mengisi maklumat perbankan di sebuah aplikasi mudah alih kononnya milik Bank Negara Malaysia (BNM), seperti yang telah diarahkan oleh 'pegawai polis' berpangkat Datuk.

waspada aplikasi palsu berkaitan bank negara, wang lesap selepas isi maklumat

Mangsa seorang lelaki berusia 37 tahun mendakwa telah dihubungi suspek yang memperkenalkanidiri sebagai anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kononnya berkenaan siasatan cukai tertunggak.

Advertisement

Suspek memberitahu mangsa namanya telah didaftarkan atas penubuhan sebuah syarikat yang perlu menjelaskan cukai berjumlah RM50,000 dan kes tersebut kononnya telah sampai ke peringkat atasan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

Selepas diarahkan bercakap dengan kakitangan IPK tersebut, mangsa diberi pilihan untuk membenarkan semakan terhadap akaun bank miliknya, atau dikenakan tindakan.

Mangsa yang ketakutan telah menyerahkan butiran perbankan kepada suspek.

Suspek juga telah telah memberi alamat laman web MyBNM yang dikatakan milik BNM dan mangsa diarahkan untuk mengisi semua maklumat peribadi perbankan dalam talian dan akaun perniagaan miliknya, kononnya bagi tujuan siasatan.

waspada aplikasi palsu berkaitan bank negara, wang lesap selepas isi maklumat

Selepas mula berasa diperdaya apabila mendapati terdapat pemindahan wang yang dilakukan tanpa pengetahuannya, meyebabkan mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Muadzam Shah, Rompin.

Kes berkenaan kini sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

waspada aplikasi palsu berkaitan bank negara, wang lesap selepas isi maklumat

Sumber: Bernama / Sebenarnya.my

ERA Muzik Hit Terkini