Marvel secara rasminya telah memperkenalkan superhero dari Filipina terbaru yang dikenali sebagai Wave.

Karakter daripada negara Filipina ini akan menyertai kumpulan Agents of Atlas dalam komik Marvel berikutnya, War of the Realms.
Advertisement
Pengarah dan penulis komik, Greg Pak, telah berkongsi imej dan karakter Wave menerusi akaun Twitternya.

Watak Wave ini direka oleh pelukis komik terkenal daripada Filipina, Leinil Francis Yu, dimana Wave mempunyai rambut hitam yang bersinar dengan kulit berwarna coklat keperangan.
Watak Wave ini juga dilihat memegang pedang panjang dipercayai diinspirasikan daripada kampilan, iaitu sejenis pedang yang berasal dari Filipina.

Penampilan pertama watak Wave ini akan diterbitkan dalam komik Marvel, War of the Realms: New Agents of Atlas #1, keluaran Mei, dimana agent SHEILD, Jimmy Woo akan mengumpulkan superhero bagi mempertahankan Asia dari serangan tentera jahat Dark Elves.

Sumber: Nextshark
