Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini membuat pengumuman bahawa aktiviti pawagam akan dibuka semula mulai 1 Julai nanti.

Ia selepas satu Mesyuarat Khas membincangkan kebenaran aktiviti berkenaan, termasuk teater dan juga live event dengan syarat ia diadakan dalam dewan tertutup sahaja.
Advertisement
Pengumuman itu disampaikan oleh beliau dalam sidang media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Isnin, 22 Jun 2020.

Berikut adalah perkara penting yang disampaikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media yang sama:
1. PDRM menahan 97 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP.
2. PDRM membuat 68 sekatan jalan raya melalui Operasi Benteng di seluruh negara.
3. Aktiviti riadah kolam renang dibenarkan bermula 1 Julai ini.
4. Kerajaan bersetuju memberi kebenaran kepada penganjuran mesyuarat, persidangan, seminar, kursus atau latihan dengan kehadiran peserta tidak melebihi 250 orang.
Sumber: Awani