Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Selain Spotify, Waze Akan Sokong 8 Dan Lebih Aplikasi Audio Berbeza

Sekitar tahun lalu, Waze telah menyokong aplikasi Spotify dimana pengguna boleh memainkan lagu kegemaran daripada aplikasi berkenaan sambil memandu.

selain spotify, waze akan sokong 8 dan lebih aplikasi audio berbeza

Advertisement

Kini, Waze akan menyokong bukan sahaja aplikasi Spotify, malah sehingga lebih 8 aplikasi audio berbeza. Waze Audio Player dilaporkan akan melancarkan fungsi beta kepada semua pengguna Waze, bermula 14 November nanti.

selain spotify, waze akan sokong 8 dan lebih aplikasi audio berbeza

Antara aplikasi lain selain Spotify adalah Pandora, Deezer, iHeartRadio, NPR, Scribd, Stitcher, dan TuneIn. Buat masa ini, hanya 8 aplikasi audio ini sahaja yang akan disokong Waze.

Namun sekiranya anda ingin menambah aplikasi audio lain, boleh ke laman web Waze Audio Kit yang dikhaskan untuk developers.

Sumber: Waze

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini