Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Netizen China Terpegun Lihat Ketampanan Atlet Malaysia Welson Sim, Berjaya Tambat Hati Para Gadis

Acara berprestij Sukan Olimpik Tokyo 2020 mula membuka tirai dengan pelbagai jenis acara sukan dengan penglibatan ramai atlet di seluruh dunia tetapi lain pula buat atlet Malaysia, Welson Sim yang meraih tumpuan warganet China melihat wajah tampannya.

netizen china terpegun lihat ketampanan atlet malaysia welson sim, berjaya tambat hati para gadis

Advertisement

Ketika upacara pembukaan Jumaat yang lalu, Welson Sim Wee Sheng atau mesra di sapa Welson menjadi bualan hangat di China yang teruja dengan ketampanan wajahnya.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Weibo, mereka berpendapat anak jati Kuching, Sarawak ini memiliki wajah yang sangat tampan meskipun wajahnya ditutup dengan pelitup muka. 

netizen china terpegun lihat ketampanan atlet malaysia welson sim, berjaya tambat hati para gadis

Malah, sesetengah warganet China juga mengakui jatuh hati saat pertama kali melihat atlet ini sewaktu perarakan di upacara perasmian tempoh hari.

netizen china terpegun lihat ketampanan atlet malaysia welson sim, berjaya tambat hati para gadis

Untuk pengetahuan, Welson Sim adalah atlet Malaysia yang mewakili bagi sukan dalam kategori renang 200m dan 400m gaya bebas. 

Atlet berusia 24 tahun ini juga pernah merangkul pingat emas bagi kedua-dua acara pada Sukan SEA 2017 lalu.
 

ERA Muzik Hit Terkini