Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Terima Kecaman Dan Reaksi Negatif, WhatsApp Tunda Update Terma Baharu

Baru-baru ini, tular di media sosial berhubung terma dan syarat baharu aplikasi pesanan telefon pintar terkemuka WhatsApp, yang membuatkan ramai pengguna mula beralih arah dan memuatnaik aplikasi lain.

terma & syarat baru buat ramai takut dan mula tinggalkan whatsapp?

Selepas mendapat kecaman dan reaksi negatif oleh ramai pengguna diserata dunia, aplikasi yang dimiliki oleh syarikat media sosial terkemuka, Facebook ini akhirnya menunda kemas kini tersebut dari Februari ke Mei.

Advertisement

Pengumuman itu dibuat selepas ramai melahirkan rasa bimbang bahawa kemas kini terbaru itu akan melonggarkan syarat-syarat privasi pengguna.

Bagaimana pun, menurut Facebook, kemas kini itu bertujuan untuk meningkatkan transaksi dengan akaun perniagaan, dan tidak menjejaskan perbualan peribadi yang masih dilindungi dengan ciri penyulitan (encryption).

“Kemas kini ini tidak membolehkan kami berkongsi data dengan Facebook.

“Walaupun bukan semua melakukan transaksi dengan perniagaan menerusi WhatsApp sekarang, namun kami percaya lebih ramai akan memilih cara ini pada masa akan datang dan ia penting bagi orang ramai menyedari tentang fungsi ini,” kata WhatsApp dalam satu kenyataan.

Pada awal Januari, Whatsapp telah meletakkan terma dan syarat baharu kepada pengguna termasuk perkongsian nombor telefon dan lokasi bagi membolehkan ia berkongsi lebih banyak maklumat dengan Facebook, seperti membenarkan pengiklanan dilakukan pada aplikasi permesejan popular itu.

Sumber: GSM Arena

ERA Muzik Hit Terkini