Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah melancarkan satu kemudahan dalam talian WhatsApp bagi membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat terus berkenaan perkembangan COVID-19 terus kepada telefon bimbit masing-masing.

Pengguna boleh terus menghantar pesanan menggunakan WhatsApp pada bila-bila masa diserata dunia bagi mendapatkan pelbagai info seperti jumlah terkini jangkitan dan situasi semasa wabak COVID-19 secara lebih tepat.
Advertisement
Menggunakan chatbot dalam kemudahan ini, talian WhatsApp terbabit adalah +41 22 501 76 55, dibuka setiap hari pada bila-bila masa.

Untuk permulaan, hantarkan mesej 'Hi' kepada nombor terbabit dan mereka akan membalas pilihan menu kepada soalan yang anda ingin tanyakan.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: WHO