Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa wabak koronavirus (COVID-19) ini mungkin tak akan terhapus sama sekali.
Amaran itu adalah berikutan banyak negara kini sudah mulai melonggarkan sekatan bagi membuka semula ekonomi masing-masing.
Advertisement

Menurut Pengarah Kecemasan WHO, Mike Ryan berkata, adalah sukar untuk meramalkan bila agaknya wabak ini akan berakhir, dan masyarakat dunia perlu menerima normal baharu dengan ancaman virus terbabit.
Tambahnya lagi, tindakan melonggarkan sekatan akan mencetuskan gelombang jangkitan baru yang kini telah menjangkiti 4.4 juta orang dengan hampir 300 ribu kes kematian setakat ini.

WHO juga kini dalam usaha mengenal pasti sumber wabak COVID-19 dan ia boleh menentukan bagaimana virus terbabit berkembang dan menjangkiti manusia.
Sumber: Awani