Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Banyak Negara Longgarkan Sekatan, WHO Beri Amaran Risiko Gelombang Baru

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran wujud risiko gelombang baharu COVID-19 ketika banyak negara seluruh dunia mulai melonggarkan sekatan.

banyak negara longgarkan sekatan, who beri amaran risiko gelombang baru

Ketika ini, beberapa negara Eropah sudah mula melonggarkan sekatan sehingga wujud kebimbangan berhubung peningkatan jangkitan di negara berkenaan.

Advertisement

Ini termasuklah Jerman, bandar Wuhan di China dan juga Korea Selatan dengan kes kluster baharu di Itaewon baru-baru ini.

“Selepas sekatan dilonggarkan, penduduk akan bersosial antara satu sama lain, ini memang tidak boleh dinafikan.

"Mereka akan mengekalkan penjarakan sosial. Tetapi risiko jangkitan akan meningkat.

"Persoalannya, adakah kita sudah berada pada tahap mempunyai sistem kesihatan kukuh yang membolehkan kita menyiasat kluster kes baharu tanpa merujuk bentuk jangkitan sebelum ini. Ini yang perlu dielak.

“Kami mempunyai keyakinan terhadap Jerman, Korea dan beberapa negara untuk menghapuskan kluster baharu yang dikesan,” kata Pakar Kesihatan Kecemasan WHO Mike Ryan.

Tambah lagi, ada juga beberapa negara yang tidak meningkatkan kapasiti ujian saringan ketika mempunyai peluang untuk mengesan kes COVID-19.

Setakat artikel ini ditulis, jangkitan COVID-19 telah meragut 287,137 nyawa dengan lebih 4.2 juta kes positif jangkitan.

banyak negara longgarkan sekatan, who beri amaran risiko gelombang baru

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini