Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia akan mencapai kemuncak pada pertengahan April ini.

Wakil WHO, Dr Lo Ying-Ru berkata, bagaimanapun terdapat kesan positif daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan.
Advertisement
“Ada tanda-tanda lengkungan itu telah diratakan, tetapi kes positif akan meningkat sekiranya tindakan pengawalan itu ditamatkan, dan jika rakyat tidak terus mengambil langkah-langkah keselamatan,” katanya seperti dipetik dari Awani.

Daripada data yang diperoleh, dapat disimpulkan bahawa penularan wabak itu tidak merebak dengan pantas di negara ini.

KKM juga memaklumkan kadar jangkitan baru setiap hari juga semakin menurun dengan pelaksanaan PKP dan PKP Diperketatkan dibeberapa kawasan yang dilabel sebagai kritikal.
Selain itu, KKM turut membuat penambahan sebanyak 46 makmal bagi menjalankan ujian klinikal pengesanan COVID-19 di Malaysia. Pertambahan makmal ini akan dapat melaksanakan 42,420 ujian pengesanan sebulan atau 1,414 sehari. Ini akan mempercepatkan keputusan ujian dan rawatan diberikan.

Sumber: Awani