Skip to main content

Advertisement

Hiburan

WHO Kesan Varian ‘Mu’ Merebak Ke 39 Negara, Ini Fakta Yang Anda Perlu Ketahui

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesan satu lagi varian baharu dinamakan sebagai Varian Mu.

Varian tersebut pertama kali dikesan di Colombia pada Januari 2021 dan masih diklasifikasikan sebagai ‘Variant Of Interest’ (VOI).

Advertisement

who kesan varian ‘mu’ merebak ke 39 negara, ini fakta yang anda perlu ketahui

Ini beberapa fakta mengenai Varian Mu yang perlu anda ketahui:

#1 - WHO klasifikasikan varian Mu atau B.1.621 sebagai VOI.

#2 - VOI kelima yang dipantau oleh WHO. Empat lagi VOI: Eta, Iota, Kappa dan Lambda.

#3 - Pertama kali dikesan di Columbia pada Januari 2021.

who kesan varian ‘mu’ merebak ke 39 negara, ini fakta yang anda perlu ketahui

#4 - Dilaporkan memiliki kemampuan genetik yang dapat mempengaruhi karakteristik virus iaitu tahap keparahan penyakit, kekebalan, penularan & kemampuan dikesan serta perawatan.

#5 - Sejak 30 Ogos 2021, WHO senaraikan sebagai varian dalam pemerhatian selepas ia dikesan di 39 negara.

#6 - Varian Mu dikesan di Amerika Syarikat, Korea Selatan, Jepun, Ecuador, Kanada dan beberapa bahagian Eropah.

#7 - Kira-kira 2,000 kes Varian Mu dikesan di Amerika Syarikat setakat ini. Sebilangan besar kes direkod di California, Florida, Texas & New York.

#8 - Setakat ini, kurang daripada 0.1 peratus jangkitan COVID-19 di seluruh dunia dikesan Varian Mu.

who kesan varian ‘mu’ merebak ke 39 negara, ini fakta yang anda perlu ketahui

#9 - Dianggap berpotensi lebih kecil daripada varian Delta atau Alpha yang diletakkan sebagai VOC.

#10 - Potensi kebal terhadap vaksin:

i. WHO jelaskan varian Mu ada mutasi yang menunjukkan kemungkinan untuk mengatasi sistem imun.

ii. WHO maklumkan lebih banyak kajian diperlukan untuk memahami ciri-ciri Varian Mu.

Sumber: Awani
 

ERA Muzik Hit Terkini