Bukan lagi khabar angin, sebaliknya keputusan YB Maszlee Malik untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia adalah benar.

Berita perletakkan jawatan ini mulai timbul selepas satu laporan menyatakan bahawa surat perletakkan jawatannya telah diserahkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada tengah hari ini.
Dengan hati yang redha walaupun berat, saya Maszlee Malik dengan ini meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan, berkuatkuasa 3 Januari 2020. pic.twitter.com/PUWJTF3m1F
— Maszlee Malik (@maszlee) January 2, 2020
Advertisement
Pengumuman yang dibuat sebentar tadi menerusi sidang media khas menjadikan beliau sebagai antara menteri yang memegang portfolio ini dalam tempoh masa terdekat.
Perletakkan jawatan beliau juga menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Mungkin ada benda yang kita tak setuju dengan Dr. Maszlee Malik (@maszlee ). Tapi dia antara menteri yang buat kerja dan melakukan perubahan.
— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) January 2, 2020
Dr. Maszlee secara rasminya letak jawatan sebagai Menteri Pendidikan. Selamat tinggal, Dr. Maszlee. You did a good job 👏 pic.twitter.com/xC0QdXBgin
Sumber: Awani