Boleh dikatakan setiap hari kita klik internet, upload status dan share artikel di media sosial. Bestkan jika setiap kali klik santai-santai pun, poket ‘ka ching’? Pendapatan utama tidak terjejas, pendapatan sampingan tidak kurang pula hebatnya.

Kredit: Twitter @kkmm_gov
Semua orang nak duit. Tidak hairanlah kempen #YOUCANDUIT yang dianjurkan sebelum-sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan. Lihat sahaja kemeriahan kempen sebelum ini yang diadakan di Melaka pada 20 dan 21 Mei 2017 yang lalu. Bukan sahaja orang dewasa berkerja, pelajar kolej dan anak-anak kecil pun tidak mahu lepaskan peluang ini!
Pengunjung yang datang bukan sahaja dapat ilmu perniagaan dan cara menambah pendapatan secara digital melalui eRezeki daripada mentor selebriti terkenal Datuk Rosyam Noor, Mak Cun pun datang jual bedak sejuk. Eh, bukan! Mak Cun pun turun padang kongsi tip pemasaran digital dengan eUsahawan.

Kredit: Twitter @kkmm_gov
Orang Utagha, jom pakat serbu Politeknik Balik Pulau pada 29 hingga 30 Julai 2017, mulai jam 9 pagi hingga 6 petang. Jangan lepaskan peluang gali teknik dan kaedah terbaik untuk tambah pendapatan secara digital dengan eRezeki dan eUsahawan bersama Datuk Rosyam Noor, Fizo Omar dan Mak Cun, 3 mentor selebriti yang cukup terkenal!

Bukan sahaja poket bakal terisi lepas raya ni, dada juga terisi dengan ilmu dan tip berguna daripada rakan kerjasama seperti Maktab Koperasi Malaysia, KWSP, MARA, SME Corp dan TEKUN. Apa tunggu lagi? Anda boleh juga sertai acara bola baling, bola jaring dan pertandingan karaoke yang dianjurkan. Maskot adiwira Boboiboi, Didi & Friends dan Upin & Ipin pun tidak sabar untuk berjumpa dan beramah mesra dengan pengunjung cilik.

Kredit: Twitter @kkmm_gov
Layari youcanduit.mdec.my untuk maklumat lanjut mengenai kempen dan bengkel eRezeki dan eUsahawan. Jumpa anda di sana!