Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sama Macam TikTok, YouTube Dijangka Kenalkan Fungsi Video 15 Saat

Platform YouTube dijangka akan memperkenalkan fungsi baru khas untuk video pendek berdurasi 15 saat, sama seperti TikTok.

sama macam tiktok, youtube dijangka kenalkan fungsi video 15 saat

Advertisement

Menurut laporan, syarikat milik Google itu kini sedang menguji fungsi baru khas kepada penggunanya yang sama seperti TikTok.

Perkara ini mula diperkatakan sejak April lalu selepas wujud laporan bahawa YouTube mahu memperkenalkan aplikasi yang menjadi kegilaan anak muda masa kini.

sama macam tiktok, youtube dijangka kenalkan fungsi video 15 saat

Buat masa ini juga hanya sebahagian daripada pengguna Android dan iOS sudah boleh menggunakan fungsi percubaan itu yang belum lagi lengkap sepenuhnya.

"Kami sedang menguji cara baharu pembangun kandungan merakam beberapa klip terus ke YouTube secara terus menggunakan aplikasi dalam telefon sebagai satu video," ujar YouTube menerusi laman web mereka.

Sumber: Digital Music News

ERA Muzik Hit Terkini