Baru-baru ini, tular video seorang Youtuber menyanyikan cover lagu Dance Monkey yang telah mencatatkan jumlah tontonan melebihi 1 juta view di Youtube.
Advertisement
Video nyanyian gadis bernama Sera ini telah dikongsi semula oleh laman Instagram @era.je dan rata-rata komen menyatakan suara gadis berkenaan adalah mirip dan hampir sama dengan suara penyanyi tempatan, iaitu Zizi Kirana.

Zizi Kirana kemudiannya membuat satu video khas menyanyikan juga kembali lagu Dance Monkey, dan nyata ia sangat mengujakan peminat.
Lagu Dance Monkey adalah sebuah lagu popular daripada penyanyi dari Australia, Tones and I, dilancarkan pada 10 Mei 2019 dan menjadi siulan ramai diserata dunia.