Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pasangan Di Melaka Dalam Zon Hijau Je Boleh Nikah Di Masjid

Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) memaklumkan bahawa hanya pasangan dalam zon hijau di negeri itu dibenarkan bernikah di masjid yang juga berada dalam zon hijau.

Ia berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula hari ini.

Advertisement

"Upacara itu pula hanya boleh dihadiri lapan orang iaitu wali, pendaftar atau jurunikah, pengantin lelaki, pengantin perempuan, dua saksi, seorang wakil keluarga pengantin lelaki dan seorang wakil keluarga pengantin perempuan.

"Akad nikah harus dibuat dalam tempoh 20 minit sahaja, termasuk khutbah nikah dan lafaz taklik," kata JAIM dalam satu kenyataan.

Pasangan yang berada dalam zon kuning, jingga dan merah pula perlu melangsungkan pernikahan di Pejabat Agama Daerah Islam Daerah.

pasangan di melaka dalam zon hijau je boleh nikah di masjid

Upacara itu pula hanya boleh dihadiri lapan orang termasuk pasangan pengantin, wali, pendaftar atau jurunikah, dua saksi serta seorang wakil keluarga pengantin lelaki dan wanita.

Prosedur operasi standard (SOP) tetap perlu dipatuhi seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal sepanjang majlis dilangsungkan.

Ia adalah bagi memelihara kesihatan jemaah dan tetamu yang hadir di masjid, selain untuk menyekat penularan wabak COVID-19 ketika ini.

Sumber: Astro Radio News

ERA Muzik Hit Terkini