Zon merah COVID-19 dilihat meningkat kepada 10 kawasan, berbanding 8 kawasan pada semalam.
Pertambahan ini melibatkan kawasan Petaling dan Gombak yang masing-masing telah mencatatkan 43 dan 77 kes.
Advertisement

Menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), zon merah COVID-19 adalah melibatkan kawasan Kepong, Hulu Langat, Lembah Pantai, Titiwangsa, Johor Bahru, Kluang, Kuching dan Kota Samarahan.

Sementara itu, 58 daerah lain berada dalam zon kuning dan 89 daerah dalam zon hijau.
Daerah zon merah kembali meningkat drpd 8 kepada 10 apabila kes aktif kembali bertambah di Petaling dan Gombak.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) May 3, 2020
Perlis, Kedah, Kelantan dan Perak kekal negeri zon hijau manakala P.Pinang hanya 2 kes aktif. #PKPB bermula esok. Laksanakan tanggungjawab anda, patuhi #SOP. pic.twitter.com/DD7DuUibxW
Sumber: Awani