Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Comel! Zoo Singapura Sambut Kelahiran Anak Panda Jantan

Jantina anak panda yang dilahirkan seekor panda gergasi betina, Jia Jia akhirnya dipaparkan pasangannya seekor panda gergasi jantan, Kai Kai dalam satu majlis di zoo River Safari, Singapura, pada Sabtu.

comel! zoo singapura sambut kelahiran anak panda jantan

Advertisement

Konfeti berwarna biru dihujani kai Kai apabila ia membuka sebuah kotak yang digantung pada sebatang dahan pokok dengan menandakan Jia Jia pasangannya telah melahirkan seekor anak panda jantan.

Zoo River Safari menyambut kelahiran anak panda jantan pada bulan lepas setelah ia selamat dilahirkan ibunya, Jia Jia.

Rizab Hidupan Liar Singapura mengajak ramai pengunjung untuk menamakan anak panda tersebut selepas acara mendedahkan jantina itu selesai.

comel! zoo singapura sambut kelahiran anak panda jantan

Kai Kai juga menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-14 sambil membuka hadiah-hadiah yang diberikan pihak pengurusan kepadanya.

Sumber: AFP News
 

ERA Muzik Hit Terkini