Sebuah zoo di Thailand telah dikecam susulan menggunakan cimpanzi untuk melakukan proses sanitasi bagi membendung penularan wabak COVID-19 dinegara berkenaan.

Memetik laporan Daily Star UK, pihak Zoo dan Ladang Buaya Samut Prakarn, Thailand telah diarahkan untuk menghentikan aktiviti itu serta-merta selepas video mengenainya tular.
Advertisement
Menerusi video yang tular, kelihatan seekor cimpanzi berusia enam tahun memakai baju Hawaii sambil memakai topeng penutup hidung dan mulut, membawa tong cecair semburan nyahkuman dibelakangnya.

Ekoran itu, Menteri Alam Sekitar, Varawuth Silpa-archa telah meminta pihak zoo agar menghentikan aktiviti berkenaan kerana ia boleh mengancam nyawa haiwan tersebut.
Zoo terbabit sebelum ini juga pernah mendapat perhatian ramai susulan tindakan mereka menggunakan sepasang gajah yang kurus dan tidak bermaya dalam satu pertunjukkan mereka.
Sumber: Sinar Harian / Daily Star UK