Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Mesej ‘Deep’ Dalam Lagu Gila Jadi Taruhan Baru Kaka Azraff, Loca B dan Noki

Ditengah kekalutan dunia menghadapi ancaman pandemik COVID-19, tidak seorang pun terlepas daripada merasa impaknya.

Seakan-akan cuba menyampaikan rasa resah gelisah terperangkap dalam situasi sebegini, artis muzik urban tempatan – Kaka Azraff, Loca B dan Noki dari kumpulan Hip Hop terkenal K-Clique tampil berkolaborasi dalam single terbaharu mereka berjudul ‘GILA’.

Advertisement

mesej ‘deep’ dalam lagu gila jadi taruhan baru kaka azraff, loca b dan noki

Lagu ciptaan bersama Noki, Loca B dan Ezra Kong ini diberikan susunan muzik bercitarasa urban sesuai dengan trend muzik masa kini. Sungguhpun begitu, lagu ini  bukan sekadar hiburan kosong.

mesej ‘deep’ dalam lagu gila jadi taruhan baru kaka azraff, loca b dan noki

Lagu ‘GILA’ ini mengangkat subjek yang berat namun sarat dengan mesej positif. Senikata disusun dengan prosa mudah tetapi puitis yang membawa makna yang mendalam.

mesej ‘deep’ dalam lagu gila jadi taruhan baru kaka azraff, loca b dan noki

‘GILA’ menceritakan tentang kekuatan diri dalam menangani kekalutan yang membelenggu minda dan jiwa dengan menguasai rasa takut dan terus kental menjalani kehidupan.

mesej ‘deep’ dalam lagu gila jadi taruhan baru kaka azraff, loca b dan noki

Turut dilancarkan video muzik rasmi ‘GILA’ sebagai pendamping visual single ini. Video arahan Adriana Tunku dari Denhouse Productions ini digarap dengan elemen surrealism cuba menterjemah maksud lagu ini dalam bentuk visual.

Di samping itu, ‘GILA’ turut menjadi jambatan kolaborasi antara Black Hat Cat Records dan penyedia perkhidmatan internet tersohor negara, Hotlink.

Terbaik!

ERA Muzik Hit Terkini