Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Reda Sebelum Lafaz, Kamal Adli dan Uqasha Senrose Sah Bercerai Talak Satu

reda sebelum lafaz, kamal adli dan uqasha senrose sah bercerai talak satu

Kemelut rumah tangga pelakon popular Kamal Adli dan Uqasha Senrose akhirnya menemui titik noktah apabila pasangan selebriti itu disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada Isnin.

Advertisement

Lafaz cerai telah dilakukan oleh Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Adli, 40, di hadapan Hakim Syarie Siti Noraini Mohd Ali secara tertutup kira-kira pukul 12.56 tengah hari, sekali gus menamatkan ikatan perkahwinan yang dibina hampir tiga tahun lalu.

Menurut sumber, sebelum prosiding berlangsung, Kamal dilihat sudah bersikap tenang dan reda, mempercayai bahawa prosiding hakam yang dilalui merupakan fasa terakhir dalam usaha mempertahankan rumah tangganya bersama Uqasha. Difahamkan, kedua-dua pihak telah berusaha sehabis baik demi kebaikan keluarga serta masa depan anak mereka.

reda sebelum lafaz, kamal adli dan uqasha senrose sah bercerai talak satu

Untuk rekod, pada 18 Disember lalu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menasihati Kamal agar melafazkan cerai selepas Jawatankuasa Pendamai (JKP) gagal mencapai kata sepakat. Namun begitu, peguam yang mewakili Uqasha, Muhammad Syazmee Sapian, memaklumkan bahawa lafaz tersebut tidak ditunaikan ketika itu kerana Kamal masih berhasrat mempertahankan perkahwinan mereka.

Tambah Syazmee, mahkamah turut mensabitkan kewujudan shiqaq, iaitu perbalahan dan persengketaan berpanjangan dalam rumah tangga pasangan berkenaan.

Kamal dan Uqasha telah mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Janda Baik, Pahang. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 1 tahun 8 bulan.

reda sebelum lafaz, kamal adli dan uqasha senrose sah bercerai talak satu

Bagaimanapun, hubungan pasangan ini mula menjadi perhatian apabila Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober tahun lalu, sekali gus mencetuskan spekulasi mengenai keretakan rumah tangga mereka.

 

ERA Muzik Hit Terkini