Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kerana Cemburu, Kamal Adli Dipukul Di Kepala Hingga Berlumuran Darah.

Isteri kepada Kamal Adli yang juga seorang pelakon, Uqasha Senrose telah berkongsi berita yang menyedihkan di laman instagramnya bahawa Kamal Adli mengalami kecederaan yang agak serius di bahagian kepala dan beberapa anggota tubuh apabila diserang oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di Singapura sekitar jam 9 ke 10 malam. 

 

Advertisement

Uqasha dan Kamal ketika itu sedang menghadiri expo perniagaan dan secara tiba-tiba didatangi seorang lelaki bersenjatakan cota. Kejadian yang tidak disangka berlaku apabila Kamal telah dipukul berkali-kali di hadapan matanya sehingga berlumuran darah.

IMG_6309-1.png IMG_6312-1.png

Menerusi perkongsian Insta Story Uqasha individu tersebut seperti ada dendam terhadap Kamal dan suspek pernah menghantar ugutan namun tidak disedari oleh mereka.

IMG_6308-1.jpg

Suspek dikatakan cemburu kerana Kamal mengahwininya Uqasha selain turut memberi ugutan kepada adik-beradik selebriti itu ketika ditempat kejadian. Tambah Uqasha, suspek berusia 34 tahun turut membawa sebilah pisau kerambit di poketnya bagi tujuan mencederakan.

Kamal kini ditidurkan bagi mendapatkan tawatan major di Hospital Besar Changi.

ERA Muzik Hit Terkini