Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kamal Adli Dedah Terlepas Sahur Hari Pertama Ramadan - “Sebelum Ni Selalu Dikejut…”

kamal adli dedah terlepas sahur hari pertama ramadan - “sebelum ni selalu dikejut…”Foto: Instagram

Pelakon, Kamal Adli mendedahkan pengalaman lucu pada hari pertama Ramadan apabila dia tidak sempat bersahur kerana terlepas bangun pagi.

Advertisement

Dalam perkongsian di Threads, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli menjelaskan dia gagal bersahur kerana sebelum ini sudah terbiasa dikejutkan orang lain

“Maap shakap… Alarm tak bunyi atau alarm bunyi tapi alarm saya yang pergi sahur sendiri ke, yang penting saya tak sahur hari ni.

“Sorry tak berjaya kejut sahur. Parah rupanya seorang-seorang ni. Sebelum ni selalu dikejut. Hahaha…

“Selamat berpuasa semua. Saya puasa juga sama-sama okay. Hmm… Day one menahan geram,” tulisnya.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi warganet yang meninggalkan kata-kata semangat serta turut mendoakan agar Kamal dapat menjalan ibadahi puasa Ramadan dengan lancar walaupun terlepas sahur pada hari pertama.

Untuk rekod, Kamal dan pelakon, Uqasha Senrose disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu.

Pasangan yang berkahwin secara tertutup pada 4 November 2021 di Janda Baik, Pahang itu dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia setahun lapan bulan.

Sumber: Threads

ERA Muzik Hit Terkini