Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kamal Niat Mahu Menghalalkan, Uqasha Anggap Menang Besar Dari Anugerah Lain

Hujung minggu lalu, pelakon Kamal Adli secara spontan telah melamar Uqasha Senrose secara langsung di Anugerah MeleTOP ERA 2020 (AME2020), hinggakan tular dilaman sosial.

‘jangan persenda urusan jodoh saya..’ – zizan razak

Advertisement

Meskipun tindakan melamar itu mendapat kritikan beberapa pihak, Kamal berkata niatnya hanyalah mahu menghalalkan hubungan mereka dan berterima kasih juga atas doa yang diberikan.

“Yeay! ‘Yes’! 🌹

“Cuma nak mengHalalkan.. bukan buat perkara tak baik kan😊 tq atas doa tu .. amin 🙏🏻 yg lain serah pada Allah..” tulis Kamal pada satu hantaran di Instagram.

kamal niat mahu menghalalkan, uqasha anggap menang besar dari anugerah lain

Menurut Uqasha pula, beliau akui merasa terkejut dan tidak terkata selepas Kamal melamarnya secara terbuka, sambil menyifatkan dirinya menang besar berbanding anugerah-anugerah lain yang dipertandingkan.

“Im so speechless.. ️ even tak menang apa2 tapi qasha menang lagi besar dari award2 yang lain ..”, kata Uqasha.

kamal niat mahu menghalalkan, uqasha anggap menang besar dari anugerah lain

Ahad lalu, Kamal Adli melafazkan kata lamaran dengan sebentuk cincin berluan sambil melutut dihadapan Uqasha dan disiarkan secara langsung di kaca televisyen.

ERA Muzik Hit Terkini