Skip to main content

Advertisement

Hiburan

‘‘Kandungan Kedua Ni Sebenarnya Kembar Aafiyah..’’ – Siti Nurhaliza

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan bahawa kandungannya kedua ini adalah kembar kepada anak sulungnya, Siti Aafiyah.

‘‘kandungan kedua ni sebenarnya kembar aafiyah..’’ – siti nurhaliza

Advertisement

Katanya, kandungan yang memasuki usia lima bulan itu merupakan embrio yang terhasil pada hari dan waktu yang sama dengan Aafiyah.

“Sebenarnya saya lalui rawatan kesuburan In Vitro Fertilisation (IVF) dan ada peringkat-peringkat yang perlu dilalui.

“Jadi sebenarnya anak lelaki ini adalah kembar kepada Aafiyah yang terhasil pada waktu dan hari yang sama,” kata penyanyi itu kepada Nabil ketika menjadi tetamu di Carta ERA 40.

‘‘kandungan kedua ni sebenarnya kembar aafiyah..’’ – siti nurhaliza

Tambah beliau lagi, doktor menyarankan supaya dia tidak memasukkan dua embrio sekali gus ketika kehamilan pertamanya.

“Jadi Aafiyah masuk dulu dan kemudian baru masukkan yang ini (anak kedua),” katanya.

ERA Muzik Hit Terkini