Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Gempar Bila Jihyo TWICE dan Kang Daniel Bercinta?

Dipetik dari Soompi, salah seorang ahli kumpulan TWICE, Jihyo dilaporkan bercinta dengan Kang Daniel.

gempar bila jihyo twice dan kang daniel bercinta?

Advertisement

Menurut portal Dispatch, Kang Daniel dan Jihyo telah dilihat bersama di Seoul pada 1 Ogos. Kedua-duanya dilaporkan bertemu di rumah Kang Daniel, dan Jihyo memandu di dalam kereta sendiri.

Menurut satu sumber terdekat, mereka telah berkenalan sejak awal tahun ini.

gempar bila jihyo twice dan kang daniel bercinta?

Selain itu, Kang Daniel dan Jihyo juga telah bertemu lebih seminggu sekali. Mereka dilaporkan bersama pada hari sebelum Jihyo terbang dari negara itu untuk konsert TWICE dan hari selepas dia terbang kembali. Jihyo juga dilaporkan bertemu dengan Kang Daniel selepas pertunjukan debut solonya pada 25 Julai lalu.

Sebagai tindak balas kepada laporan ini, agensi TWICE iaitu JYP Entertainment dan agensi Kang Daniel KONNECT Entertainment menyatakan, "Kami telah melihat laporan itu dan akan memeriksa fakta-fakta."

Sumber: Soompi

gempar bila jihyo twice dan kang daniel bercinta?

ERA Muzik Hit Terkini