Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Rapper Terkenal, Kanye West Muflis!

Rapper dan Penerbit Amerika Syarikat, Kanye West dilaporkan tidak lagi berstatus billionaire selepas perjanjian bersama jenama sukan ternama dunia, Adidas ditamatkan.

Nilai kontrak tersebut dianggarkan dalam RM7 Bilion bersama Adidas dan Balenciaga ditamatkan. Sumber daripada laporan TMZ, punca kontrak ditarik balik dipercayai akibat kenyataan antisemitik yang disuarakan Kanye sehingga mencetuskan kemarahan warga Amerika Syarikat.

Advertisement

dba7f7fe9fc40ab026c060d93133d7fe-1.jpeg

Walaupun jumlah kerugian dialami Kanye tidak dinyatakan sepenuhnya, namun tindakan drastik Adidas itu diandaikan memadai untuk membuatkan penyanyi terbabit muflis. Kini harta dimiliki oleh Kanye cuma menerusi beberapa aset hartanah, katalog muzik, wang tunai, termasuk kadar lima peratus saham daripada bisnes pakaian diusahakan bekas isterinya, Kim Kardashian. 

Selain daripada jenama Adidas dan Balenciaga, jenama Gap juga telah mengeluarkan semua produk melibatkan Kanye dari pasaran serta menutup operasi kedai dalam talian Yezzy Gap.

ERA Muzik Hit Terkini