Kanye West telah membuat kejutan kepada isterinya Kim Kardashian dengan hadiah yang cukup bermakna sempena ulang tahun Kim yang ke-40 minggu ini, iaitu satu pesanan hologram dari ayah Kim yang telah pun meninggal dunia iaitu Robert Kardashian.

Advertisement
Kim Kardashian berkongsi hadiah cukup bermaksa itu ke Twitter dengan menggambarkan ia sebagai 'kejutan istimewa dari syurga'.
"Untuk hari jadi saya, Kanye memberikan saya hadiah paling bermakna sepanjang hayat. Kejutan istimewa dari syurga. Hologram ayah saya.
“Ia nampak sangat hidup dan kami menyaksikannya berulang-ulang kali, dipenuhi dengan air mata dan emosi.
“Saya tak boleh menggambarkan perasaan ini dengan kata-kata. Ia sangat beerti untuk saya dan adik-beradik saya, abang saya, ibu saya dan rakan-rakan terdekat.
“Terima kasih Kanye untuk ingatan ini yang akan bertahan seumur hidup.", tulis Kim pada video berkenaan.
For my birthday, Kanye got me the most thoughtful gift of a lifetime. A special surprise from heaven. A hologram of my dad. ✨🤍 It is so lifelike! We watched it over and over, filled with emotion. pic.twitter.com/jD6pHo17KC
— Kim Kardashian West (@KimKardashian) October 29, 2020
Menerusi hologram Robert Kardashian, beliau mengimbau kenangan indah antara pasangan itu sambil mengucapkan selamat ulang tahun kepada anak perempuannya.
Sumber: Twitter